KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan konvensyen khas sempena menyambut ulang tahun ke-60 Sarawak merdeka tahun ini, kata Premier Sarawak.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Yang di-Pertua Parti PBB berkata, konvensyen khas itu akan dibahagikan kerpada tiga zon iaitu zon utara, zon tengah dan zon selatan.
Konvensyen khas itu untuk memaklumkan (mengemaskinikan) kepada semua ahli Parti PBB mengenai program Pelan Strategi Pembangunan Paska Covid-19 (PCDS) 2030, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.
Abang Johari berkata, ahli-ahli Parti PBB perlu dimaklumkan mengenai PCDS 2023 kerana Sarawak sekarang beralih kepada ekonomi baharu.
“Justeru, kita harus mengemaskinikannya kepada ahli-ahli kita,” katanya.
Premier Sarawak menegaskan, dengan pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta mendapat kerjasama daripada Kerajaan Perpaduan diharapkan program pembangunan yang dilaksanakan akan berjalan lancar.
“Kita yakin banyak projek bernilai kurang RM50 juta yang mendapat persetujuan daripada Kerajaan Perpaduan akan dapat dilaksanakan dengan jaya. Antara projek terabit ialah sekolah, bidang kesihatan dan jalan raya,” katanya.
Beliau juga menggesa pemimpin Kerajaan Perpaduan yang mahu mengadakan lawatan ke Sarawak hendaklah mengikut protokal negeri ini dan memaklumkan projek yang mahu mereka lawati.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi peruntukan kepada Sarawak dalam bajet 2023 sejajar dengan matlamat kerajaan GPS mahu menjayakan PCDS 2030, katanya dan menambah, Sarawak bersetuju supaya Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan sentiasa berunding atas hala tuju pembangunan negara.
Sumber dari : Jiwa Bakti